Apakah yang korang rasa saya suka? Baru-baru ini saya suka filem terbaru yang dipanggil Munafik. Mengapakah saya suka filem ini? Munafik 2 ialah filem seram tetapi ia melibatkan surah-surah al-quran. Apakah yang rasa selepas menonton filem ini? Saya begitu sedih kerana saya sudah sedar, bertapa hebatnya kuasa Allah dan kesabarannya.
Filem terbaru ini melibatkan hadis. Munafik 2 ini juga membuat saya ingin untuk mengahafal al-quran dan memahamai hadis. Semasa saya menonton pembalasan Tuhan kepada orang yang sesat, MasyaAllah! Begitu hebatnya kuasa Allah. Saya baru saja perasan yang watak-wataknya sangat hebat dalam filem ini. Sesiapa yang pernah menonton 'Tanah Kubur' mesti kenal siapa Tok Adi.
Dia memegang watak yang jahat di dalam filem ini. Syamsul Yusof pula pernah memegang watak yang jahat dalam filem KL Gangster, tetapi di dalam filem ini dia memegang watak baik.